Selasa, 29 Januari 2019

PROGRAM JAYA WARIS MURID TAHUN 6 SK BALIK PULAU

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan waris murid Tahun 6, Sk Balik Pulau yang dapat hadir ke Program Jaya Waris yang berlangsung pada 29 januari 2019.

Dalam program ini , para ibu bapa diberi taklimat dan 
memberi maklumat terkini mengenai prestasi akademik serta mengenai subjek-subjek teras yang akan anak mereka duduki semasa UPSR kelak.

Sokongan ibu bapa terhadap sekolah dan pelibatan mereka dalam pembelajaran adalah sangat penting untuk memastikan anak-anak SK Balik Pulau berjaya dan menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.

                                               PROGRAM JAYA WARIS MURID TAHUN 6
                                              
                                               TARIKH  :    29 JANUARI 2019 (SELASA)
                                               WAKTU  :    8.00 pagi (PENDAFTARAN)
                                               TEMPAT :    DEWAN AR-RAZI SK BALIK PULAU


























Khamis, 17 Januari 2019

Kem Kepimpinan Pengawas 2019

Kem Kepimpinan Pengawas telah diadakan pada 17 Januari 2019. Kem ini memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan asas kepimpinan individu secara amnya dan berkumpulan secara khususnya. Kem ini melatih para pelajar tahap 1 dan tahap 2 yang dilantik oleh pihak sekolah menjadi pengawas sekolah untuk sesi 2019. Semoga dengan adanya program ini dapat memberi manfaat dan hasanah kepada pelajar - pelajar pengawas sekolah yang baru di lantik untuk masa depan yang akan datang.

Pendaftaran para peserta

aktiviti team-building

Penerangan oleh guru yang membimbing



Team building



Ucapan dari Puan Guru Besar

Sesi aktiviti dijalankan



Rabu, 16 Januari 2019

Program "Sekolahku; Taman Ilmu & Budi"

 Satu program yang julung kali diadakan di SK Balik Pulau iaitu Program "Sekolahku; Taman Ilmu & Budi". Program ini disertai seramai 16 orang murid Tahun 6 yang mempunyai masalah kehadiran yang kurang memuaskan. Dengan adanya program ini,guru - guru dapat memberi taklimat & penerangan kepada murid-murid & ibubapa tentang pentingnya kehadiran mereka di sekolah.





Khamis, 10 Januari 2019

Program Transformasi Sekolah TS25-3.0

Sesi perbincangan & pembentangan PinTas Jan - Mac 2019 dari pihak Sk Balik Pulau bersama pegawai Sip+ dan Sisc+ dari Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya En. Izemar dan Pn. Gen. SK Balik Pulau mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bimbingan dan perkongsian ilmu dari pegawai - pegawai PPD Barat Daya terbabit.




Jumaat, 4 Januari 2019

Program Bacaan Yassin

Alhamdulilah, permulaan pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini dan minggu pertama untuk sesi persekolahan pada tahun ini, kami seluruh warga SKBP mulakan dengan Program Bacaan Yaasin yang melibatkan semua murid tahun 1 sehingga tahun 6...

"Ya Allah jadikan kami dari kalangan orang-orang yang berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat"...








Selasa, 1 Januari 2019

Back to School 2019


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Kami warga SKBP ingin mengucapkan tahniah dan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid. Selamat datang juga kepada murid tahun 1 dan prasekolah.Ingatlah kata-kata ini.

"Kami datang dengan harapan dan
kami pulang dengan kejayaan"

Semoga sesi persekolahan 2019 ini memberi kita motivasi dan semangat untuk terus menuntut ilmu.Bagi ibu bapa, tentunya ingin melihat anak-anak berjaya dengan cemerlang.Baik dari sudut sahsiah mahupun akademik.Sama-sama kita tunjukkan pekerti dan tauladan yang mulia kepada mereka.Kami senaraikan beberapa ingatan penting untuk anak-anak.Disamping itu juga menjadi panduan kepada kita ibu bapa dan guru dalam mendidik dan mengurus keperluan anak-anak ini.

Senarai semak murid :
1-Bangun awal dan solat Subuh.
2-Berpakaian kemas.
3-Sarapan atau mengambil sedikit makanan sebagai sumber tenaga untuk belajar.
4-Datang awal ke sekolah.
5-Memberi ucapan selamat kepada guru dan rakan setibanya di sekolah.
6-Isi masa dengan membaca sementara menunggu loceng berbunyi.
7-Fokus di dalam kelas.
8-Menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah yang diberi.
9-Sentiasa mengikut peraturan sekolah.
10-Sentiasa menghormati guru.
11-Tunjukkan kepada ibu bapa kerja-kerja rumah dan juga surat-surat makluman.
12-Sentiasa berfikiran positif dan yakin.
13-Tanamkan dalam diri bahawa anda adalah anak yang cemerlang.

Itulah serba sedikit senarai yang kami rasakan penting.Ibu bapa dan guru boleh menambah baik keperluan-keperluan ini.

Selamat Kembali ke Sekolah!

Hari Orientasi Pra Sekolah & Tahun 1

Selamat datang diucapkan kepada adik-adik comel tahun 1 ke SK Balik Pulau. Semoga adik-adik dapat menyesuaikan diri dengan baik sepanjang berada di Sk Balik Pulau...
Kami seluruh warga SKBP sentiasa mendoakan untuk kecemerlangan adik-adik semua...