SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BALIK PULAU
Sekolah Kebangsaan Balik Pulau,
Jalan Permatang Tepi,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Sekolah Kebangsan Balik Pulau (SKBP) mula dibina sekitar tahun 2000. Tapak bangunan sekolah ini pada asalnya merupakan bekas kawasan operasi tentera Jepun semasa pemerintahannya di Tanah Melayu antara tahun 1941 hingga 1945. Selepas dijajah oleh Tentera Jepun, kawasan ini terbiar kosong dan dipenuhi dengan pohon-pohon janggus. Aktiviti yang giat dijalankan pada masa itu adalah kerja-kerja mengambil pasir putih oleh pihak-pihak tertentu.
MantanPerdanaMenteriMalaysiake4 Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pernah menyifatkan pasir putih ini sebagai pasir yang amat tinggi mutunya jika boleh diusahakan oleh perusahaan kaca yang bakal menghasilkan harga yang amat mahal sekali.
SKBP siap dibina sepenuhnya pada tahun 2002. Pengurusan dan pentadbiran pembinaan SKBP ini adalah di bawah urusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang dipantau oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang. Peruntukan pembinaan SKBP ini melalui program pinjaman dari Bank Dunia. Keluasan kawasan SKBP ialah 10 ekar atau 4.047 hektar. Ada 4 bangunan utama iaitu Bangunan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangunan Sayidina Umar Al-Khatab, Bangunan Sayidina Uthman Al-Affan dan Bangunan Sayidina Ali Abi Talib.
SKBP mula beroperasi pada 1 Julai 2002 dengan kemasukan seramai 157 orang murid lelaki dan perempuan, iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 3. Kebanyakan murid diambil daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau.
Seramai 10 orang guru telah melaporkkan diri untuk bertugas di SKBP pada tarikh tersebut. Encik Rahmat bin Jahari telah diberi kepercayaan oleh JPN untuk menjalankan tugas sebagai Penyelaras SKBP mulai 16 Ogos 2002.
Pada 16 Ogos 2002, Tuan Haji Shaharani bin Haji Saidin telah melaporkan diri untuk menjalankan tugas rasmi sebagai Guru Besar SKBP yang pertama. Beliau sebelum ini bertugas sebagai Guru Besar di SK Titi Teras, Balik Pulau.
Pada 1 Ogos 2010, Encik Mohd Zaki bin Idris telah melaporkan diri untuk menjalan tugas rasmi sebagai Guru Besar SKBP yang kedua. Beliau sebelum ini bertugas sebagai Guru Besar di SK Sungai Pinang, Balik Pulau.
Guru-guru berbincang dan mendapat kata sepakat memilih Beriman, Berilmu, Beramal sebagai Moto Sekolah. Sementara misinya ialah Memartabatkan Sekolah Yang Unggul Dari Aspek Kurikulum, Kokurikulum, Keceriaan dan Kesahsiahan Budaya Islam manakala Visinya ialah Melahirkan Warga SKBP yang Berketerampilan, Berilmu dan Teguh Dengan Budaya Islam.
Pada tahun 2004 sebuah kelas Pra Sekolah telah diwujudkan. Kelas ini telah dinamakan dengan Kelas Pra Khadijah, iaitu sempena dengan nama Isteri Nabi Muhammad SAW. Seramai 25 orang murid yang terdiri daripada lelaki dan perempuan telah dipilih sebagai murid-murid yang awal belajar di kelas tersebut. Kelas ini telah dikendalikan oleh seoramg guru yang bertauliah dengan dibantu oleh seorang Pembantu Pengurusan Murid yang berkelayakan yang dipilih oleh JPN. Pada tahun 2006, kelas Pra Sekolah telah ditambah satu kelas lagi dan diberi nama Kelas Pra Aisyah.
Satu perkara yang hendak di utara di sini, iaitu satu bidang yang ingin diberi tumpuan utama iaitu tentang sekolah berwatak. Bersesuaian dengan kawasan yang dikelilingi kawasan bertar amat sesuai dengan latihan kawad, pihak pengurusan sekolah telah sepakat mewujudkan Sekolah Berwatak TKRS, iaitu semua murid Tahap 2 melibatkan diri menjadi Ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Dengan harapan suatu hari nanti SKBP menjadi Sekolah Berwatak TKRS. Pada tahun 2007, pasukan TKRS sekolah telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Ko Kurikulum Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Tanggal 10 Januari 2017, pertama kali SKBP menerima seorang guru besar perempuan yang komited dalam menjalankan tugasnya sebagai guru besar. Beliau yang pernah bertugas di SK Titi Teras sebelum ini telah diberi kepercayaan untuk mengalas jawatan sebagai guru besar di SKBP mulai 2017. Beliau ialah Puan Hajjah Zaharah binti Haji Jaafar. Sepanjang berkhidmat di SKBP, beliau telah membawa banyak perubahan pada sekolah. Antaranya, SKBP telah menyertai beberapa pertandingan seperti Pertandingan Bilik SPBT, Pertandingan Sekolah Hijau, mewujudkan Bilik Digital Library dan sebagainya.
Dengan kejayaan yang dicapai, SKBP telah dicalonkan menjadi Sekolah Transformasi 3.0 TS25. Dalam menuju ke arah Sekolah Transformasi, Puan Guru Besar banyak mengikuti mesyuarat dan lawatan yang dikendalikan oleh JPN. Pada 18 September 2017, beliau telah mengikuti suatu Kolokium TS25 yang diadakan di Melaka. Seterusnya, pada 28 September 2017, Puan Guru Besar telah menghadiri Mesyuarat TS 25 yang melibatkan sekolah-sekolah di Daerah Barat Daya dan Timur Laut mengenai sekolah transformasi.
Pada 1 November 2017, Puan Guru Besar dengan berbesar hati menerima Surat Watikah Perlantikan TS 25 3.0 oleh JPN. Dengan semangat yang tinggi, beliau telah mengadakan perjumpaan bersama Penolong-penolong Kanan untuk Perkongsian Amalan Terbaik Sekolah Transformasi pada 9 November 2017. Tidak berhenti di situ sahaja, beliau turut mengadakan lawatan TS 25 3.0 ke SMK Sungai Ara bersama-sama beberapa orang guru pada 15 November 2017. Selain itu, pada 18 November 2017 beberapa jawatankuasa telah dilantik seperti Penyelaras Sekolah Transformasi, Setiausaha PLC, Jawatankuasa PAK 21 dll yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid di sekolah. Pihak Sekolah juga telah menjalankan hubungan yang baik dengan SISC+ dan SISP+ untuk menyampaikan Taklimat Sekolah Transformasi kepada semua guru SKBP pada 27 November 2017. Beliau berharap para guru akan lebih bersedia ke arah Sekolah Transformasi 3.0 TS 25.
Dalam merialisasikan sekolah transformasi, Puan Guru Besar bersama barisan penolong kanan
sekolah memastikan perancangan pengurusan setiap unit dilaksanakan dengan jayanya. Berikut adalah perancangan bagi setiap unit:
sekolah memastikan perancangan pengurusan setiap unit dilaksanakan dengan jayanya. Berikut adalah perancangan bagi setiap unit:
Unit
|
Perancangan
|
§ Kurikulum
|
a) Memantapkan Pembelajaran PAK21 di dalam kelas.
b) Permantapkan perlaksanaan PBD sekolah.
c) Memantapkan KBAT dalam PdPc.
d) Memantapkan PdPc Guru melalui PLC
|
§ Hal Ehwal Murid
|
a) Memantapkan disiplin murid.
b) Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.
c) Mengukuhkan pembudayaan budi bahasa warga sekolah.
d) Mengukuhkan pembentukan jati diri.
|
§ Ko Kurikulum
|
a) Mempertingkatkan kompetensi pengurusan sukan dan kokurikulum.
b) Meningkatkan Kualiti dan Kuantiti dalam Ko Kurikulum.
c) Mewujudkan peluang kepada murid.
d) Mengembangkan bakat dan potensi murid ke peringkat yang lebih tinggi.
|
Dengan perancangan yang jitu, SKBP akan sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian masyarakat
setempat. Adalah diharapkan SKBP ke arah sekolah trasformasi 3.0 TS 25 menjadi salah sebuah
institusi pendidikan yang cemerlang di Daerah Barat Daya.
setempat. Adalah diharapkan SKBP ke arah sekolah trasformasi 3.0 TS 25 menjadi salah sebuah
institusi pendidikan yang cemerlang di Daerah Barat Daya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan