Ahad, 3 Februari 2019

Pertukaran Guru di SK Balik Pulau

SK Balik Pulau kehilangan 2 orang guru yang akan bertukar ke sekolah lain iaitu Cikgu Mohd. Zulkiffly bin Mohd. Hussain & Cikgu Malathy A/P Muniandy. Pertukaran mereka adalah atas keperluan guru di sekolah - sekolah yang kekurangan opsyen perkhidmatan.

Untuk makluman Cikgu Mohd. Zulkiffly  akan bertukar ke SK Bayan Lepas1, manakala Cikgu malathy akan bertukar ke SK Seri Relau.

Pihak SK Balik Pulau mengucapkan jutaan terima kasih atas perkhidmatan dan segala bakti yang dicurahkan kepada Cikgu Zulkiffly & Cikgu Malathy sepanjang berkhidmat di sekolah ini.Kelab Kebajikan Guru & Staf Sk Balik Pulau telah memberi sedikit penghargaan kepada mereka berdua.

Selamat maju jaya buat Cikgu Zulkiffly & Cikgu Malathy di sekolah baharu nanti.Ampun & maaf andai ada salah & silap dari kami warga Sk balik Pulau.

Guru Besar Pn. Hjh. Zaharah menyampaikan sedikit penghargaan kepada Cikgu Malathy

Guru Besar Pn. Hjh. Zaharah menyampaikan sedikit penghargaan kepada Cikgu Zulfiffly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan