Selasa, 26 Februari 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG SKBP 2019 KALI KE 17


Mesyuarat Agung PIBG SKBP 2019, Kali Ke 17 yang berlangsung pada 23 hb Februari 2019 telah dirasmikan oleh En. Izemar bin Jamaludin iaitu Pegawai SIP+ dari Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya. 


Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan Sajak 5 Bahasa dari 5 orang murid SKBP.
Terima kasih diucapkan kepada mantan YDP PIBG SKBP, En. Azman bin Anuar dan barisan AJK PIBG yang lepas di atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini.


Tahniah diucapkan kepada AJK yang baru dilantik bagi sesi 2019/2020. Semoga sama-sama dapat menyumbangkan idea dan tenaga untuk pembangunan dan kecemerlangan SK Balik Pulau.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa dan waris yang hadir ke mesyuarat PIBG pada harini
Turut diadakan pada hari ini jualan cendawan yang diusahakan oleh pelajar dan guru dari Pendidikan Khas dan jualan dari Butik SKBP..

















KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSPP 2019 BAWAH 12 TAHUN - ZON PULAU


Alhamdulillah, pasukan Bola Tampar SK BALIK PULAU telah mendapat JOHAN untuk KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSPP 2019 BAWAH 12 TAHUN - ZON PULAU dan akan ke peringkat negeri. Pertandingan telah berlangsung di SMJK CHUNG LING.
Tahniah kepada semua ahli pasukan dan jurulatih..Buat yang terbaik untuk peringkat Negeri nanti..





👏




Selasa, 19 Februari 2019

BOLA BALING 12TKB DAERAH BARAT DAYA 2019

Pasukan bola baling sekolah SK Balik Pulau 12tkb telah mendapat tempat ke-3 di Kejohanan Bola Baling 12TKB Daerah Barat Daya bagi kategori Lelaki & Perempuan.Kejohanan berlangsung di Padang SK Balik Pulau pada 18 & 19 Februari 2019. 

Syabas & tahniah diucapkan kepada pasukan Bola baling lelaki & perempuan. 















PROGRAM KESEDARAN DIRI & SOSIAL DAN PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Satu program kesedaran diri dan sosial telah diadakan pada 19.02.2019. Anjuran JKM dan USM.


















Majlis penyerahan wang bantuan awal persekolahan telah diadakan pada hari selasa 19.02.2019. Melibatkan tidak lebih 279 orang murid.




























"Majlis Permuafakatan KPM & PDRM peringkat kebangsaan - Jom Ke Sekolah

Pada hari Isnin 18 Februari 2019 telah diadakan perhimpunan khas iaitu melaksanakan "Program Jom Pi Sekolah" yang dijalankan serentak seluruh Malaysia. Program ini memupuk semangat pelajar untuk datang ke sekolah serta menitik berat betapa penting nya menuntut ilmu di sekolah. Selain itu,para pelajar diberi ceramah kesedaran tentang disiplin diri serta peranan murid di sekolah.


Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah bersama PDRM iaitu Encik Jahi Bin .