Selasa, 26 Februari 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG SKBP 2019 KALI KE 17


Mesyuarat Agung PIBG SKBP 2019, Kali Ke 17 yang berlangsung pada 23 hb Februari 2019 telah dirasmikan oleh En. Izemar bin Jamaludin iaitu Pegawai SIP+ dari Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya. 


Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan Sajak 5 Bahasa dari 5 orang murid SKBP.
Terima kasih diucapkan kepada mantan YDP PIBG SKBP, En. Azman bin Anuar dan barisan AJK PIBG yang lepas di atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama ini.


Tahniah diucapkan kepada AJK yang baru dilantik bagi sesi 2019/2020. Semoga sama-sama dapat menyumbangkan idea dan tenaga untuk pembangunan dan kecemerlangan SK Balik Pulau.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa dan waris yang hadir ke mesyuarat PIBG pada harini
Turut diadakan pada hari ini jualan cendawan yang diusahakan oleh pelajar dan guru dari Pendidikan Khas dan jualan dari Butik SKBP..

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan